Pembabitan awal Indah_Ruhaila

Indah mula menunjukkan bakat nyanyiannya di peringkat sekolah bila beliau sering menjadi juara dalam pertandingan karaoke di sekolahnya dan mendapat jemputan membuat persembahan. Indah pernah menyanyi dengan iringan 'live band' nya sendiri di sebuah hotel di Johor Bahru dan beberapa kelab hiburan yang lain sebagai titik mula minatnya dalam nyanyian dengan sokongan keluarganya. Bapanya adalah penyelia muzik dan penyanyi keroncong Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Yayasan Warisan Johor suatu ketika dahulu. Beliau dan bapanya sering mendapat jemputan persembahan keroncong di Istana Johor suatu ketika dulu semasa Almarhum Sultan Iskandar Mahmood masih hidup. Disamping itu beliau juga mula berjinak-jinak memasuki pertandingan nyanyian di sekitar negeri Johor. Selepas beliau berjaya menjuarai sebuah pertandingan nyanyian anjuran Bernas di sebuah pusat membelibelah di Johor Bahru, beliau disunting syarikat rakaman SRC dan menandatangi kontrak. Dari situ bermulalah karier Indah sebagai artis rakaman. Indah pernah merakamkan lagu tema raya berjudul " Di Lebaran Yang Ini " yang sangat indah susunan muziknya kerana mempunyai elemen rentak asli. Beliau pernah menghasilkan sebuah album pada tahun 2008 di bawah naungan syarikat rakaman Suria Records namun kurang menyerlah ketika itu. Kegagalan album pertamanya menyebabkan Indah kembali ke kampung halamannya di Johor Bahru dan bekerja sebagai penyanyi di sebuah lounge di sana.

Rujukan

WikiPedia: Indah_Ruhaila http://www.budiey.com/tahniah-faizul-juara-akademi... http://www.bharian.com.my/node/24857 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&d... Http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/ar... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/giat-cipta-n... https://simplysiti.wordpress.com/2008/11/25/sedia-... https://www.youtube.com/watch?v=7kwVejbkpaY